Pengenalan
Pencemaran secara ilmiahnya merujuk kepada keadaan parameter air berubah dari keadaan asli atau keadaan yang tidak baik terganggu kepada keadaan yang melampaui atau mengatasi keadaan asli. Situasi ini disebabkan oleh aktiviti manusia antaranya perindustrian, pertanian, petempatan, perlombongan dan pengangkutan.
Berdasarkan dari laporan Perbadanan Air Melaka menyatakaan keluasan bagi kawasan tadahan sungai Melaka ialah 574 km2 yang bermula dari Kampung Gadek ke muara Sungai Melaka sepanjang 40 km. bahagian 'up-stream' adalah pertemuan diantara dua anak sungai iaitu Sungai Batang Melaka dan Sungai Tampin. Sumber air mentah bagi negeri Melaka adalah terhad dan ditambah lagi dengan kualiti air sungai yang sentiasa berubah-ubah disebabkan pembangunan kawasan perindustrian yang semakin pesat da tidak mempunyai sistem pengurusan sisa industri dengan efisen.
Dikenal pasti bahawa punca kepada kemerosotan kualiti air khususnya air sungai bagi negeri ini ialah dari kawasan industri Alor Gajah, pembuangan air kumbahan dan pembuangan bahan kimia. Bagi memberi gambaran jelas tahap pencemaran air di Melaka maka laporan ini telah memilih dua artikel yang berkaitan dengan isu semasa pencemaran air.
Artikel pertama bertajuk 'Ribuan Ikan Anak Belanak Mati' yang diterbitkan oleh Harian Metro pada 18 Januari 2006. Manakala artikel kedua ialah 'Pencemaran Sungai Melaka Diatasi Tahun Depan '. Kedua-dua artikel ini akan diulas dengan terperinci bagi mencari punca dan kesan pencemaran tersebut terhadap kualiti air sungai di Melaka. Selain itu, ulasan ini turut menekankan aspek langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Pengurusan pencemaran yang berkesan akan dapat menghasilkan persekitaran yang seimbang dari segi alam sekitar manusia dan fizikal.
ARTIKEL 1
RIBUAN IKAN BELANAK MATI (HARIAN METRO 18 JAN,2006 )
Masalah Yang Dihadapi
Masalah yang dihadapi berdasarkan artikel "Ribuan Ikan Belanak Mati" ini ialah puluhan ribu ikan belanak mati secara tiba-tiba disebuah sungai di Melaka sehingga masyarakat menganggapnya sebagai fenomena luar biasa termasuklah kemungkinan untuk berlaku tsunami. Ordo Percesoces, Famili Mugilidae, Genus Valamugi merupaan nama saintifik bagi ikan belanak ini. Ikan belanak secara umum bentuknya memanjang agak langsing dan gepeng. Sirip punggung terdiri dari 1 jari-jari keras dan 8 jari-jari lemah. Sirip dubur berwarna putih kotor terdiri dari 1 jari-jari keras dan 9 jari-jari lemah. Bibir bagian atas lebih tebal daripada bagian bawahnya ini berguna untuk mencari makan di dasar/organisme yang terbenam dalam lumpur (kriswantoro dan Sunyoto, 1986). Ciri lain dari ikan belanak yaitu mempunyai gigi yang amat kecil, tetapi kadang-kadang pada beberapa spesies tidak ditemukan sama sekali. Ada spesies-spesies tertentu yang sebagian matanya ditutupi oleh lapisan lemak (fat) dan ada juga yang tidak (Adrim et al., 1988). Hidup di perairan pantai, dangkal dan muara-muara sungai. Pergi menjauhi pantai bila hendak memijah. Makanannya organisma-organisma kecil yang terdapat di dasar, di dalam Lumpur, juga ganggang-ganggang yang terapung. Warna bagian atas abu-abu kehijauan, putih perak bagian bawah. Suatu totol hitam pada ketiak sirip dada. Tepian sirip punggung pertama kehitaman, lain-lain sirip agak kabur. Ukuran : Dapat mencapai panjang 35 cm, umumnya 15-20 cm.
Latar Belakang Kawasan
Isu tersebut berlaku di sebuah pantai di Kampung Tengkera Pantai 2, Melaka. Kejadian ini merupakan kejadian yang pertama berlaku di pantai tersebut. Peristiwa ini mula disedari oleh penduduk kampung tersebut kira-kira jam 06.30 pagi apabila melihat ribuan ikan belanak atau nama saintifiknya ialah percosoces terapung-apung dipantai tersebut sepanjang 8 sentimeter dan terdapat burung-burung bangau yang sedang memakan bangka ikan tersebut.
Sumber-sumber Pencemaran
Kejadian ini dijangka berpunca daripada pencemaran air yang berlaku di kawasan tersebut akibat daripada aktiviti-aktiviti pengorekan pasir dan penambakan pantai di kawasan tersebut.
Kesan Pencemaran
Kesan pencemaran tersebut telah mengakibatkan puluhan ribu ikan belanak mati di pantai tersebut akibat daripada pencemaran air di kawasan itu. Aktiviti penambakan laut yang dijalankan juga telah menghasilkan lumpur yang tebal sehingga menyebabkan spesies udang gagau pupus di pantai tersebut.
Langkah-langkah Mengawal Pencemaran
Berdasarkan artikel ini juga, Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang, Koh Nai Kuang telah melawat pantai tersebut. Beliau juga telah memanggil Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, da Jabatan perikanan untuk menjalankan kerja-kerja penyisatan di pantai tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat dua langkah yang telah diambil untuk mengenalpasti punca sebenar dan kenapa ianya berlaku ke atas spesies belanak sahaja. LanGkah-langkah tersebut ialah JAS telah mengambil sampel air pantai tersebut untuk diuji di jabatan kimia manakala Jabatan Perikanan Negeri pula telah mengambil sampel ikan belanak mati tersebut untuk dianalisis.
Antara cadangan-cadangan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini ialah:
i) Menguji bahan buangan radioaktif di sungai tersebut. Ini kerana berikutan pada masa yang sama sebuah kilang di Melaka telah menyebabkan sungai Gatom di Johor tercemar akibat daripada pembuangan sisa toksik. Kemungkinan besar di sungai tersebut mangandungi sisa-sisa radioaktif yang menyebabkan berlaku pencemaran air sehingga spesies seperti belanak mati keracunan.
ii) Jabatan perikanan juga perlu memantau alien speies yang kemungkinan wujud dikawasan tersebut akibat daripada penambakan laut. Kebanyakan spesies asing ini kadang-kadang lebih berpengaruh daripada spesies tempatan. Dan tidak semua alien spesies boleh mendatangkan kebaikan kepada spesies tempatan. Ini kerana terdapat juga alien spesies yang menyebarkan penyakit kepad spesies tempatan sehinga mengakibatkan spesies tempatan seperti belanak dijangkiti virus dan akhirnya akan mati.
iii) Mengesan aktiviti-aktiviti manusia di kawasan pantai tersebut. Berkemungkinan juga terdapat aktiviti menuba ikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan speies belanak bersaiz kecil turut menjadi mangsa.
iv) Kempen Cintai Sungai yang lebih menumpukan kepada kanak-kanak sekolah dan bukan golongan sasaran, iaitu orang dewasa, menyebabkan masalah pencemaran sungai sukar di atasi.
v) Sepatutnya kempen berkenaan memberi pendedahan memberi pendedahan kepada golongan dewasa kerana mereka lebih banyak terbabit dalam perbuatan pembuangan sisa kekotoran, sampah dan menjalankan projek pembangunan berhampiran sungai.
vi) Menurut Pensyarah Jabatan Sains Alam Sekitar, Universit Putra Malaysia (UPM), Dr. Kamil Yusuf, walaupun kempen berkenaan sudah dilancarkan sejak 5 tahun lalu, kesannya masih mengecewakan.
ARTIKEL 2
PENCEMARAN SUNGAI MELAKA DIATASI TAHUN DEPAN
A) Masalah Pencemaran Air Tersebut
i) Aktiviti meratakan kawasan tanah
Projek pembangunan dan penebangan hutan di kawasan Sungai Melaka melibatkan aktiviti meratakan kawasan tanah yang bertujuan pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Aktiviti meratakan kawasan tanah banyak menyumbangkan kepada kehadiran bahan mendak. Masalah ini akan terjadi bagi kawasan yang telah dibersihkan, diratakan, ditambak dan dibiarkan dalam masa yang lama sebelum proses pembangunan dijalankan. Masalah ini juga memudahkan berlakunya hakisan percikan, lembaran ril dan guli. Menurut kajian kes yang telah dijalankan di kawasan ini, sebahagian besar daripada mendak yang tersingkir dari kawasan cerun bukit mudah terdedah dengan agen hakisan percikan kerana apabila berlakunya hujan lebat, hujan tersebut akan mencungkil tanah dan kawasan tanah yang tercungkil ini akan terhakis dihanyutkan oleh air hujan ke sungai dan menjadi bahan mendak dan secara tidak langsung masalah ini akan ,meningkatkan turbiditi air.
ii) Aktiviti pertanian
Kegiatan seperti pertanian melibatkan penebangan pokok dan seterusnya mempengaruhi proses penggondolan di sesuatu kawasan. Aktiviti ini juga boleh menganggu proses hidrologi dan seterusnya menghasilkan bahan pencemar seperti mendak dalam sungai. Kerja pertanian ini juga memberi kesan kepada perubahan litupan tanah di mana kerja-kerja penebangan pokok menyebabkan, apabila hujan turun aliran air permukaan dan basuhan permukaan berlaku dan kegagalan cerun ini juga akan menghakis permukaan tanih yang terdedah dengan agen hakisan seperti angina dan hujan.. Bahan-bahan yang dihakis ini akan dimendapkan di dalam alur sungai dan akan menjadi punca utama masalah pencemaran Sungai Melaka. Akibatnya, alur sungai bertambah cetek dan kemungkinan banjir berlaku semasa hujan lebat turun.
iii) Perlombongan
Perlombongan pasir dan batu yang dijalankan di tebing sungai akan memberi masalah kepada kehadiran pencemaran bahan sedimen dan pencemaran sisa minyak dalam alur. Hal ini akan berlaku kerana jentera berat yang digunakan akan memberi masalah kepada sungai Melaka ini Contohnya penggambilan pasir dan batu kelikir di sungai Melaka telah menyebabkan berlaku pemendapan bahan mendak dan masalah sisa minyak. Selalunya pencemaran sisa minyak berlaku apabila pengusaha membuang bekas minyak ke dalam sungai. Perkara ini menyebabkan sisa minyak tersebut akan menjadi bahan terampai diatas permukaan air. Masalah ini boleh dilihat dengan pandangan mata kasar iaitu kelihatan minyak hitam di permukaan air sungai tersebut.
iv) Perindustrian
Selalunya pihak pengusaha kilang lebih kerap atau gemar membina kilang mereka di kawasan berhampiran dengan tebing sungai. Tujuan utama pihak pengusaha membina kilang di kawasn tersebut adalah supaya memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan memudahkan mereka membuang sisa-sisa kilang ke dalam sungai. Sikap seperti ini telah menyebabkan masalah pencemaran air akan berlaku dengan lebih mudah. Masalah pencemaran yang kerap berlaku di kawasan Sungai Melaka adalah masalah pembuangan sisa kilang ke dalam sungai. Sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai boleh meyebabkan penghasilan bahan kelodak yang banyak. Bahan kelodak ini boleh menutupi permukaan air dan menyebabkan pancaran cahaya matahari sukar untuk menembusi lapisan ini.
B) LATAR BELAKANG KAWASAN YANG MENGALAMI PENCEMARAN
Isu pencemaran yang diulas merujuk kepada kawasan Sungai Melaka. Sungai Melaka inin terletak berhampiran dengan Orang Laut. Sungai ini wujud hasil daripada pertembungan dua anak sungai iaitu Sungai Melaka dan Sungai Tampin. Sungai ini merupakan kawasan tadahan yang dianggarkan 574 km2 dari Kampung Gadek ke muara Sungai Melaka. Namun disebabkan perkembangan dan pembangunan di sepanjang Sungai Melaka seperti kawasan perindustrian Alor Gajah dan pertanian menyebabkan sumber air mentah menjadi Sangat terhad dan kualitinya sentiasa berubah.
C) SUMBER PENCEMAR
Sumber pencemar dari perbandaran
i) Buangan Cecair
Air buangan di kawasan bandar ke dalam Sungai Melaka mungkin berasal daripada penggunaan tempatan atau larian ribut. Kebanyakan air yang mempunyai campuran yang sangat berbeza-beza akan menerima beberapa darjah perawatan dan kemudian diluahkan ke dalam air permukaan seterusnya akan mengalir ke dalam sungai. Terdapat suatu laluan peningkatan bagi air buangan terawat untuk diimbuhkan ke dalam bumi apabila air tersebut bercampur dengan air sungai yang wujud secara semulajadi dan seterusnya tersedia untuk penggunaan semula.
Air buangan perbandaran boleh menyebabkan bakteria, virus dan bahan kimia bukan organik dan organik akan mengalir masuk ke dalam Sungai Melaka. Sumber pencemar ini akan mudah berlaku terutamanya pada waktu hujan turun. Hal ini kerana, bahan buangan cecair akan mudah diangkut atau dihanyutkan oleh aliran air hujan ke dalam sungai. Oleh itu, Sungai Melaka akan mengalami pencemaran yang berlarutan sekiranya projek ini tidak diberhentikan ataupun tidak dikurangkan.
ii) Buangan Pepejal
Pembuangan bahan buangan pepejal mewujukan sumber penting pencemar air sungai. Timbusan tanah boleh ditakrifkan sebagai sebarang kawasan tanha yang berfungsi sebagai tempat pemendap untuk buangan bahan pepejal dari Bandar atau perbandaran. Kebanyakan timbusan tanha adalah tempat sampah-sarap dan hanya sebahagiannya boleh dianggap sebagai timbusan tanah kebersihan. Kawasan ini selalunya telah direkabentuk dan dibina mengikut ketentuan kejuruteraan. Selalunya masalah ini tidak dipandang serius oleh pihak pemaju bahawa timbusan buangan pepejal akan menjadi sumber pencemar kepada air sungai. Tanpa disedari, larut lesapan daripada timbunan tanah ini boleh mencemar air tanah dan sungai jika agen air hujan bergerak melalui bahan-bahan timbusan yang akan mengalir ke kawasan sungai. Sumber pencemar yang penting selalunya didapati di dalam larut lesapan termasuk BOD, COD, besi, mangan, klorida, nitrat, kesadahan dan unsure surih. Kesadahan, kealkalian dan pepejal terlarut jumlah biasanya akan meningkat, sementara penjanaan gas seperti metana, karbon dioksida, ammonia dan hidrogen sulfida adalah hasil sampingan yang akan membahayakan kawasan Sungai Melaka ini.
Sumber Pencemar Dari Kawasan Perindustrian
i) Pembuangan sisa kilang
Kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya contohnya zink, timah hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik. Proses seperti metal finishing merupakan pengeluar utama sisa toksik yang digunakan dalam industri elektronik, elektrikal, penyaduran (electroplating) dan industri kereta khususnya pencucian bahagian logam rawatan permukaan (Surface treatment) untuk mengelak dari berkarat, ' galvanising' dan ' mengilap'. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari. Contohnya beberapa batang sungai di Malaysia telah dikesan tercemar dengan sisa-sisa buangan kilang. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahawa pada tahun 1989, daripada batang sungai yang diselia, 48 sungai didapati bersih, 43 sungai sedikit tercemar dan hanya 3 tercemar. Pada tahun 1997 pula, JS mendapati daripada 117 batang sungai yang diperiksa, 24 batang sungai didapati bersih, 68 sedikit tercemar dan 25 batang sungai dikenalpasti sangat tercemar. Antaranya Sungai Prai didapati sangat teruk dicemari oleh raksa, di mana daripada sample yang diambil didapati melebihi nilai standard 0.004mg per liter. 12 batang sungai di Johor dan Sungai Melaka turut mengandungi plumbum melebihi nilai standard 0.02mg per liter.
ii) Sumber pencemar dari penjana kuasa
Penjanaan elektrik haba banyak menggunakan air untuk memproses penyejukan. Air yang panas akan dibuang ke dalam sungai menyebabkan air di sekitar kawasan pembuangan air panas tadi turut menjadi panas. Air yang panas ini akan menganggu ekologi hidupan akuatik dalam sungai. Kesan pemanasan air secara ini disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu kesan langsung daripada pencemaran terma ialah kematian ikan kerana kekurangan oksigen akibat daripada perubahan suhu air di kawasan itu secara mendadak. Terdapat juga hidupan yang terpaksa beradaptasi terhadap perubahan suhu ini dan akan terus tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain. Manakala haiwan yang tidak dapat bergerak dengan pantas dan tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.
Sumber Pencemar Dari Pertanian
i) Baja dan pembaik tanah
Aktiviti pertanian yang dijalankan biasanya menggunakan baja untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Selalunya petani akan menaburkan baja kepada tanah pertanian. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian adalah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium. Baja fosforus dab kalium diserap dengan mudahnya pada zarah tanih dan jarang menjadi masalah pencemar. Tetapi nitrogen di dalam larutan hanya sebahagiannya sahaja digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau diserap oleh tanih dan baja nitrogen ini merupakan bahan pencemar utama kepada kawasan sungai. Hal ini kerap berlaku terutamanya musim hujan turun.apabila hujan ini turun, semua baja-baja yang ditaburkan keatas kawasan tanah pertanian ini akan dihanyutkan oleh aliran air hujan ini, sehingga ke dalam sungai.
Pembaik tanih pula digunakan untuk tanah yang diairkan untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyuti oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan Sungai Melaka.
ii) Racun perosak
Racun perosak boleh menjadi bahan penting di kawasan pertanian sebagai punca resapan untuk pencemaran air. Kehadiran bahan ini di dalam sungai walaupun dalam kepekatan yang kecil, boleh mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya kepada kebolehan air untuk diminum. Menurut kajian yang dijalankan di kawasan Sungai Melaka, didapati kesan racun perosak di dalam kawasan pertanian telah mengpengaruhi kualiti air, kadar curahan hujan atau kadar pengairan dan cirian tanih. Kebanyakan racun perosak secara relatifnya tak larut di dalam air, sementaranya yang lainnya mudah diserap oleh zarah tanih atau terdedah kepada penyahgredan mikrob. Racun yang berada di kawasan Sungai Melaka ini juga telah menyebabkan banyak hidupan akuatik telah mati akibat terdedah dengan racun perosak ini.
KESAN PENCEMARAN SUNGAI MELAKA
Projek-projek pembangunan, penebangan hutan untuk tujuan pertanian dan ditambah lagi dengan kewujudan kilang-kilang perindustrian yang didirikan di sekitar Sungai Melaka ini telah menyebabkan peningkatan pencemaran di sekitar Sungai Melaka. Keadaan ini telah memberikan kesan bukan sahaja kepada hidupan akautik dan keadaan Sungai Melaka tetapi juga turut mendatangkan kesan yang besar kepada penduduk yang menetap di sepanjang Sungai Melaka.
i) Peningkatan turbiditi
Kesan pencemaran yang jelas sekali kelihatan ialah peningkatan kepada turbiditi (kekeruhan) air sungai Melaka. Kelodak-kelodak yang terhasil dari tapak pembangunan dan kawasan yang telah digondolkan akan menyebabkan perubahan warna air Sungai Melaka dari jerni kepada warna kekuningan. Kesan ini akan jelas kelihatan terutamanya pada waktu hujan. Butiran tanah dari tapak pembangunan dan kawasan hutan yang telah ditebang lebih senang terhakis akibat daripada ketiadaan tumbuh-tumbuhan. Hakisan tanah yang terhasil ini seterusnya akan dibawah oleh air hujan memasuki ke dalam sungai.
Apabila tanah yang terhakis ini bercampur dengan air sungai, keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan keindahan dan daya tarikan Sungai Melaka ini tetapi juga turut mendatangkan masalah terutamanya hidupan akautik. Kehadiran kelodak ini boleh menyebabkan gangguan kepada sistem pernafasan hidupan akautik seperti ikan. Kelodak-kelodak ini akan menyumbat insang ikan yang akan menyebabkan ikan tercekek dan mati. Selain itu kekeruhan yang sangat melampau ini juga akan menyebabkan kepada masalah pengurangan gas oksigen di dalam air sungai. Keadaan in terjadi kerana kehadiran kelodak dan lumpur ini akan menghalang cahaya matahari untuk memasuki sehingga ke dasar sungai. ketiadaan resapan cahaya matahari ini ke dalam air menyebabkan proses fotosentesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan akautik di dasar sungai yang merupakan penyumbang utama kepada penghasilan gas oksigen (O²) di dalam air. Pengurangan gas oksigen ke dalam air sungai ini menyebabkan keadaan air sungai ini tidak dapat menyediakan habitat yang sesuai kepada hidupan akautik. Ini akan menyebabkan perpindahan ikan ke tempat lain yang lebih selesa yang seterusnya dapat merosakkan keseimbangan ekosistem sungai tersebut.
ii) Kepupusan hidupan akuatik
Pencemaran ini juga akan menyebabkan kepupusan hidupan akuatik terutamanya pencemaran yang disebabkan oleh pencemaran haba dari sumber jana kuasa. Pencemaran haba ini berlaku apabila air panas dari kilang disalurkan ke sungai –sungai berhampiran bagi tujuan menyejukkan mesen di kilang. Penyaluran air panas secara tiba-tiba ini menyebabkan suhu air sungai meningkat. Keadaan ini mendatangkan masalah kepada hidupan akautik yang tidak tahan kepada perubahan suhu yang mendadak. Penyaluran air panas dari kilang ke Sungai Melaka ini telah menyebabkan pengurangan peratusan ikan menetas di Sungai Melaka. Keadaan ini berlaku disebabkan pengliran air panas ke dalam sungai boleh memusnahkan banyak telur-telur ikan yang akan menetas. Ini seterusnya akan menyebabkan kepada kepupusan banyak spesis ikan.
iii) Pengurangan pendapatan nelayan kecil
Jumlah ikan yang semakin berkurangan dari hari ke hari ditambah lagi dengan pemusnahan telur-telur ikan sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada para nelayan kecil yang bergantung kepada Sungai Melaka sebagai sumber pendapatan. Tahap pencemaran yang semakin meningkat di Sungai Melaka ini telah menyebabkan jumlah pendapatan para nelayan kecil semakin berkurangan dari hari ke hari. Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan para nelayan terpaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung keluarga. Namun bagi nelayan yang telah berusia sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain dan terpaksa meneruskan kerja menangkap ikan sebagai sumber pendapatan.Pencemaran sisa-sisa minyak di kawasan Sungai Melaka ini juga selain daripada menyababkan kepada kematian hidupan akautik ia juga merupakan kepada penyumbang utama kepada kerosakan kapal dan perahu para nelayan.
iv) Pengaliran Sungai Melaka tersekat
Pembuangan sampah sarap ke dalam Sungai Melaka juga telah memberikan kesan terutamanya kepada aliran Sungai Melaka. Pencemaran daripada sampah sarap ini telah menyebabkan aliran Sungai Melaka tersekat. Apabila aliran air sungai tersekat pengumpulan sampah sarap ke kawasan tertentu akan berlaku terutamanya di kawasan likuan sungai. Keadaan ini akan bertambah buruk lagi pada musim hujan. Apabila arus air sungai meningkat pada musim tengkujuh akan menyebabkan kejadian banjir. Air sungai akan melimpah keluar dari tebing sungai. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kepada kerosakan harta benda dan juga tanaman penduduk sekitar Sungai Melaka.
v)Mengancam keselamatan penduduk
Pencemaran sisa-sisa domestik dari kawasan perindustrian ke Sungai Melaka ini bukan sahaja telah memberikan kesan kepada hidupan akautik tetapi turut memberikan kesan yang besar kepada penduduk khususnya penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Melaka. Pembuangan sisa-sisa toksik dan domestik ini ke Sungai Melaka telah menybabkan peningkatan PH air sungai melaka yang seterusnya menyebabkan kualiti air sungai melaka ini tidak sesuai dan selamat untuk digunakan oleh manusia untuk kegunaan seharian. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan penduduk di sekitar Sungai Melaka ini bergantung kepada bekalan air yang dibekalkan oleh jabatan air dan dibayar mengikut meter.
Menurut apa yang telah dinyatakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini keadaan seperti ini adalah amat membebankan penduduk sekitar sungai melaka sedangkan mereka mempunyai bekalan air yang mencukupi jika tidak dicemari oleh perbuatan manusia sndiri. Oleh itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencadangkan agar langkah pemuliharaan dan kesedaran masyarakat harus diambil dengan segera agar masalah di Sungai Melaka ini tidak terus berterusan.
LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI PENCEMARAN TERSEBUT
Pencemaran yang berlaku di Sungai Melaka yang telah mendatangkan pelbagai kesan yang serius perlu diambil perhatian. Langkah-langkan yang sesuai perlu diambil dengan segera agar masalah ini tidak berterusan dan menjadi lebih serius lagi. Langkah yang bijak telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menangani pencemaran yang berlaku di Sungai Melaka ini dengan melaksanakan kerjasama majlis tempatan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JAS) dan kerjasama penduduk sekitar Sungai Melaka sendiri bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di sepanjang Sungai Melaka.
i) Kerjasama membersihan kawasan Sungai Melaka
Kerja-kerja pembersihan ini melibatkan pemungutan sampah sarap yang terdapat di tebing-tebing Sungai Melaka yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh masyarakat setempat. Selain itu di dalam kerja pembersihan Sungai Melaka ini juga telah melibatkan kerja pendalaman semula sungai yang telah menjadi cetek akibat daripada pemendapan bahan sedemen dan sampah sara